Sinar Harian - 29 Oktober 2017 - 1,057 graduan KUPTM tamat pengajian

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Uncategorised

PUTRAJAYA - Seramai 1,057 graduan Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) Kuala Lumpur berjaya menamatkan pengajian dengan pelbagai kategori penganugerahan termasuk program diploma dan professional.

Kesemua graduan yang berjaya ini diraikan dalam sesi pengurniaan diploma dan sijil profesional bagi Sidang 1 KUPTM Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur Ke-2 yang berlangsung pada semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, KUPTM optimis dalam meraikan graduan cemerlang yang holistik tidak hanya dalam aspek akademik, sebaliknya berketrampilan dan berdaya saing untuk pasaran industri kelak terutama peningkatan kebolehpasaran graduan yang menjadi pilihan para majikan.

"Kejayaan yang dicapai hasil daripada usaha dan semangat yang kental, dididik oleh para pensyarah melalui sistem pendidikan yang holistik, memberi fokus seimbang antara pembangunan potensi diri dalam akademik dan kokurikulum.

"KKLW amat komited dalam memastikan masa depan generasi muda terjamin. Menyedari bahawa lebih banyak usaha dan inisiatif yang perlu dilaksanakan supaya kita lebih maju dalam era yang serba mencabar ini, maka slogan membandarkan luar bandar akan diperhebatkan bagi memastikan kesamarataan dalam pendidikan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sempena Konvokesyen kali ini, dari jumlah tersebut seramai 135 orang bakal graduan telah terpilih untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi tiga kategori iaitu Anugerah Berlian (1 orang), Anugerah Nilam Baiduri (6 orang), dan Anugerah Naib Canselor (128 orang).

Seorang graduan jurusan Diploma in Accounting and Finance, Noor Atikah Mat Nawi telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Berlian yang merupakan anugerah tertinggi Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur atas kecemerlangan beliau dalam pengajiannya.

Selama pengajiannya di KUPTMKL, Noor Atikah merupakan seorang pelajar yang sangat aktif dalam pelbagai bidang yang dianjurkan oleh kolej antaranya seperti keusahawanan, sukan dan permainan serta berwibawa sebagai pemimpin.

Beliau juga merupakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dibawah program Skim Pelajar Cemerlang (SPC) dan kini sedang melanjutkan pengajian Bachelor in Commerce (Accounting) di University of Queensland, Australia.

"Walaupun saya sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh kolej seperti aktiviti kemasyarakatan, menjadi fasilitator dalam Minggu Mesra Siswa, menyertai aktiviti kesukanan dan pelbagai pertandingan di peringkat kolej dan kolej, namun tanggungjawab sebagai pelajar tidak pernah dilupakan dan terabai.

"Saya akan memastikan pembahagian antara pelajaran dan kokurikulum dengan betul dan alhamdulillah saya dapat mengekalkan prestasi cemerlang sepanjang pengajian di sini," katanya.

Noor Atikah merupakan penerima anugerah dekan pada setiap semester sepanjang pengajiannya dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif 3.95.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/1-057-graduan-kuptm-tamat-pengajian-1.749332

Borang

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Uncategorised

 

Akademik Sistem Maklumat Pentadbiran Sumber Manusia Hal-Ehwal Pelajar Kewangan & Tajaan
 
  • Borang Permohonan Bercuti diluar Malaysia
  • Borang Catatan Merah Rakaman Waktu
  • Borang Daftar Keluarga
  • Borang Daftar Kenderaan
  • Borang Tuntutan Elaun Kakitangan (Bukan Akademik)
  • Borang Tuntutan Elaun Local Preceptor
  • Borang Tuntutan Elaun Pelajar Praktikal
  • Borang Tuntutan Elaun Pensyarah Sambilan
  • Jadual Penggantian Kuliah
  • Permohonan Pengisian Jawatan Akademik
  • Borang Permohonan Kad Pegawai / Kakitangan
  • Borang Permohonan Keluar Semasa Waktu Pejabat
  • Borang Permohonan Kenaikan Gaji
  • Borang Permohonan Kerja Lebih Masa
  • Borang Permohonan Skim Khairat Kematian
   

Amalan 5S

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Uncategorised

5s

 

 

polisi5s  Kolej Poly-Tech MARA Semporna begitu komited melaksanakan amalan 5s bagi mewujudkan persekitaran kerja serta pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, agar dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
 OBJ5S  

1. Mewujudkan persekitaran kerja serta pengajaran dan pembelajaran yang kondusif

2. Meningkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan secara berterusan

3. Mengutamakan keperluan pelanggan

4. Membentuk warga kptmss yang prihatin & penyayang

 misi5s  Merintis budaya kerja yang produktif melalui persekitaran yang kondusif
 slogan5s  “5S DILAKSANAKAN, KUALITI & PRODUCTIVITI DIUTAMAKAN“

MS ISO 9001 : 2008

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Uncategorised

 iso-ico


intro to iso


  

ISO 9001:2008 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan serta cekap dalam menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan dan selaras dengan ketetapan peraturan dan perundangan yang berkaitan.

 


            
quality policy


     

KPTM menawarkan program pengajian yang berkualiti serta mampu dibiayai kearah melahirkan tenaga kerja yang berilmu. KPTM memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dengan persekitaran kondusif bagi memenuhi kepuasan pelanggan dengan penambahbaikan secara berterusan melalui perlaksanaan sistem pengurusan berkauliti.

 


skop


            
Pemberian Perkhidmatan Pendidikan Di Peringkat Diploma Yang Merangkumi Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Semua Program Akademik