Bahagian Pengurusan Sistem Maklumat

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Uncategorised

Bahagian Pengurusan Sistem Maklumat (BPSM) menyediakan perkhidmatan ICT kepada Kolej Poly-Tech MARA Cawangan Semporna, Sabah (KPTM). Jabatan ini bertanggungjawab untuk:

 

  1. Memastikan semua data / fail / maklumat penting KPTMSS sentiasa dipantau dan dikemaskini bagi memastikan data mudah diakses dan boleh didapatkan sebagai rujukan dan membantu proses kerja KPTMSS berjalan dengan lancar.
  2. Untuk menyediakan peralatan ICT yang sesuai dan juga membaiki kerosakan berdasarkan pelan penyelenggaraan berkala.
  3. Untuk memastikan laman web KPTMSS sentiasa dikemaskini dengan maklumat terkini.
  4. Untuk mengendalikan penyelenggaraan komputer dan perkhidmatan berkaitan ICT
  5. Mengendalikan pemasanganperkakasan dan perisian.

 

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT

  IT 
JK-SALIP    JK-ESYA 

 

PROSEDUR BAHAGIAN PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT

A. Pengurusan Senggaraan Perkakasan ICT

  1. Menerima permohonan daripada kakitangan KPTMSS termasuk pelajar untuk pembaikan melalui Borang Permohonan Senggaraan (BPSM/01-00)
  2. Permohonan akan dirujuk kepada Juruteknik.
  3. Juruteknik akan membuat pemeriksaan terhadap peralatan yang dilaporkan dan mengenalpasti punca masalah.
  4. Juruteknik perlu memastikan samada alat ganti/perisian  yang diperlukan  masih ada dalam simpanan/stok BPSM.
  5. Jika pembaikan memerlukan alatan/perisian  baru untuk dibaikpulih, permohonan pembelian terhadap alatan/perisian  tersebut perlu dibuat ke Bahagian Pengurusan Pentadbiran  & Logistik  (BPTD) mengikut prosedur yang ditetapkan.
  6. Terima perkakasan / perisian yang dimohon untuk tujuan senggaraan.
  7. Membuat pemasangan/senggaraan  pada peralatan tersebut dan pastikan diuji terlebih dahulu sebelum penyerahan kepada pemohon.
  8. Dapatkan pengesahan daripada pemohon pada Borang Permohonan Senggaraan (BPSM/01-00) dan failkan borang tersebut sebagai rekod.

B. Peminjaman Perkakasan Komputer

  1. Pengguna akan ke kaunter BPSM dan maklumkan jenis pinjaman yang ingin dibuat iaitu sama ada Pinjaman Dalaman atau Pinjaman Luaran atau Tempahan Perkakasan (Sekiranya jenis pinjaman adalah Tempahan Perkakasan, peminjam hendaklah mengisi Borang Tempahan Perkakasan (BPSM/02-00)).
  2. Juruteknik hendaklah menyemak status peralatan yang dipohon di dalam simpanan BPSM. Jika ada, Juruteknik juga perlu menyemak terlebih dahulu status peminjam sama ada kakitangan atau pelajar.
  3. PP SM perlu menyemak sama ada semua dokumen telah lengkap diisi sebelum memberikan kelulusan pinjaman.
  4. Rekodkan pinjaman tersebut seperti di bawah :
    • Jika peminjam adalah pelajar, dapatkan ID pelajar tersebut dan rekodkan pinjaman ke dalam Buku Log Pinjaman/Sistem Pinjaman
    • Jika peminjam terdiri daripada kakitangan KPTMSS, tentukan sama ada status pinjaman adalah DALAMAN atau LUARAN. Jika pinjaman LUARAN dibuat, peminjam hendaklah mengisi Borang Perakuan Penerimaan Perkakasan Komputer Secara Pinjaman (BPSM/03-00) dan Borang Kebenaran Membawa Keluar Peralatan Komputer (BPSM/04-00)  sebelum merekodkannya ke dalam Buku Log/Sistem Pinjaman. Jika Pinjaman DALAMAN sahaja, rekodkan pinjaman ke dalam Buku Log/Sistem Pinjaman.
  5. Serahkan peralatan kepada pemohon setelah selesai merekod.
  6. Pemulangan perkakasan oleh pemohon.
  7. Juruteknik hendaklah menyemak perkakasan yang dipulangkan oleh pemohon.
  8. Rekodkan Status Pemulangan di Borang Perakuan Penerimaan Perkakasan Komputer Secara Pinjaman (BPSM/03-00) dan Buku Log/Sistem Pinjaman.

BORANG BAHAGIAN PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT

1. Borang Senggaran

2. Borang Tempahan Perkakasan Komputer

3. Borang Perakuan Penerimaan Perkakasan Komputer Secara Pinjaman

4. Borang Kebenaran Membawa Keluar Peralatan Komputer