10 April 2017 : MALAM APRESIASI SENI KPTMSS

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Berita Kampus

MALAM APRESIASI SENI KOLEJ POLY-TECH MARA CAWANGAN SEMPORNA

TARIKH : 10 APRIL - 12 APRIL 2017

TEMPAT : STUDENT SQUARE KPTMSS

ANJURAN : KELAB BAHASA, KPTMSS

 

Malam Apresiasi Seni Kolej Poly-Tech MARA Semporna telah dilaksanakan pada 10 April 2017 hingga 12 April 2017 yang bertempat di Student Square KPTMSS. Aktiviti ini dihadiri oleh warga KPTMSS iaitu seramai 120 orang yang merangkumi tiga pertandingan iaitu Deklamasi Puisi, Nyanyian Lagu Irama Malaysia dan Tarian Tradisi Kaum Bajau(Igalan) yang dilaksanakan pada 10 April 2017 hingga 11 April 2017. Manakala 12 April adalah malam kemuncak yang mempersembahkan beberapa persembahan iaitu tarian, koir dan drama yang dipersembahkan khas dari English Society Club. Aktiviti ini adalah kolaborasi antara tiga kelab iaitu Kelab Bahasa, Kelab Kebudayaan dan English Society Club.

134

Aktiviti ini sangat mendapat sambutan daripada warga KPTMSS, sama ada yang menyertai pertandingan, menjadi AJK mahupun sebagai penonton. Ibu bapa pelajar juga turut menghadirkan diri. Seramai 6 peserta yang menyertai pertandingan deklamasi puisi, 14 penyertaan daripada pertandingan nyanyian lagu irama Malaysia dan 14 kumpulan yang menyertai pertandingan tarian tradisional.

 

567