15 April 2017 : Program Projek Surau Siswa

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Berita Kampus

PROGRAM PROJEK SURAU SISWA

Tarikh : 15 APRIL 2017

Masa : 7.00 pagi - 6.00 petang

Tempat  : Surau Kampung Kuala Bebang Pangkalan TLDM Semporna

Program Khidmat Masyarakat KPTM Semporna ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap penglibatan pelajar Kolej Poly-Tech MARA Semporna berkenaan program atau aktiviti ko-kurikulum agar seimbang dengan pencapaian akademik sepanjang pengajian.

1

Program Projek Surau siswa , Mahasiswa bersama ahli Surau Kampung Kuala Bebang Pangkalan TLDM Semporna, program yang dikelolakan sepenuhnya oleh 4 ahli kumpulan kursus MPU2412 Khidmat Masyarakat. Melalui program ini, penganjur yang merupakan pelajar-pelajar Kolej Poly Tech MARA Semporna (KPTMSS), dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pengurusan sesuatu program.

23

Penganjuran ini adalah sangat penting kerana program ini menjadikan medium atau kayu ukur kefahaman pelajar tentang pengelolaan aktiviti luar yang melibatkan masyarakat. Seterusnya dapat menyemai semangat berpasukan dan kerjasama dalam kumpulan besar pelajar kepada masyarakat.

45