11 Jun 2017 : ZIARAH RAMADHAN 1438H

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Berita Kampus

ZIARAH RAMADHAN

TARIKH : 11 JUN 2017

MASA : 2:00 PAGI - 3:00 PAGI

TEMPAT : KAMPUNG BUBUL DAN KAMPUNG BUGAYA

 IMG 0003

Pada 11 Jun 2017 bersamaan dengan 16 Ramadhan 1438 H telah berlangsung dengan jayanya Program Ziarah Ramadhan kerjasama bersama KPTM, YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah) dan beberapa Agensi Kerajaan. Turut hadir YB. Datuk Haji Ramlee Bin Haji Marahaban Selaku ADUN N.54 Bugaya bagi menghulurkan bantuan berupa keperluan asas rumah bagi golongan asnaf sekitar daerah semporna.

IMG 0021IMG 0040

Program dimulakan dengan Majlis Berbuka Puasa KPTM bersama YADIM dan Jabatan Kebajikan Semporna dan pada jam 2:00 Pagi, YADIM dan KPTM bersama Jabatan Kebajikan Daerah Semporna mula menziarahi rumah keluarga yang kurang upaya di sekitar Kampung Bubul, Batu 2 Semporna. Program Ziarah Ramadhan diteruskan ke Kampung Bugaya dengan sumbangan diberikan oleh YB. Datuk Haji Ramlee Bin Haji Marahaban.

IMG 0024IMG 0027IMG 0025

Program Ziarah Ramadhan diakhiri dengan Majlis Sahur KPTM bersama YADIM dan Jabatan Kebajikan Semporna.