NOTIS AKADEMIK

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Announcement

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR KPTMSS

1. Peperiksaan Akhir bagi sesi jan-jun 2018 (0118) akan bermula pada 02/05/2018-18/05/2018.

2. Ada 3 perkara yang pelajar harus laksanakan sebelum peperiksaan akhir bermula :

I. PERLAKSANAAN SIE (STUDENT INSTRUCTOR EVALUATION)

Semua pelajar DIWAJIBKAN melaksanakan SIE sebelum mendapatkan Slip Menduduki Peperiksaan. Slip menduduki peperiksaan tidak akan dikeluarkan sekiranya pelajar gagal membuat SIE.

II. SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR

SIE merupakan syarat untuk mengambil Slip menduduki Peperiksaan. Pelajar diberi tempoh bermula 02/04/2018 – 30/04/2018 bagi mengambil Slip Peperiksaan Akhir. Slip peperiksaan TIDAK AKAN DIKELUARKAN sekiranya :

  • Dokumen Fail Peribadi pelajar tidak lengkap.
  • Tidak menghantar salinan pengesahan subjek
  • Tidak melengkapkan SIE
  • Tunggakan baki yuran (Seksyen Akaun Pelajar)

III. PRA PENDAFTARAN SUBJEK (PPS)
Pelajar dikehendaki mendaftar subjek-subjek yang akan di ambil pada semester depan bermula 02/04/2018 – 30/04/2018. Pelajar boleh mendapatkan nasihat daripada mentor masing-masing bagi tujuan berkenaan.

Segala urusan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Sebarang pertanyaan,sila berjumpa dengan Pn. Safura Binti Saad untuk keterangan lanjut. Pelajar boleh menggunakan makmal untuk perkara di atas. (tertakluk kepada Pen. Pengarah Seksyen Pentadbiran &  Multimedia.