MAKLUMAN PEPERIKSAAN AKHIR BAGI SESI JULAI 2018

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Announcement

MAKLUMAN PEPERIKSAAN AKHIR BAGI SESI JULAI 2018

01

Peperiksaan Akhir bagi sesi JULAI 2018 akan bermula pada 20/10/2018-04/11/2018.

02

Ada 3 perkara yang pelajar harus dilaksanakan sebelum peperiksaan akhir bermula.

  1. I.PERLAKSANAAN SIE (STUDENT INSTRUCTOR EVALUATION)
  2. II.SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR

Semua pelajar DIWAJIBKAN melaksanakan SIE di CMS (Campus Management System) sebelum mendapatkan Slip Peperiksaan Akhir. SIE merupakan syarat untuk mengambil Slip Peperiksaan Akhir dan Slip Peperiksaan Akhir tidak akan dikeluarkan sekiranya pelajar gagal membuat SIE.

Pelajar diberi tempoh bermula 12 September 2018 – 19 Oktober 2018 bagi mengambil slip peperiksaan akhir.Slip peperiksaan akhir TIDAK AKAN DIKELUARKAN sekiranya :

  • Dokumen fail peribadi pelajar tidak lengkap.
  • Tidak menghantar salinan pengesahan subjek.
  • Tidak melengkapkan SIE
  • Tunggakan baki yuran (Seksyen Akaun Pelajar)
  1. III.PRA PENDAFTARAN SUBJEK (PPS)
  • Pelajar dikehendaki mendaftar subjek yang akan di ambil pada semester hadapan bermula 12 September 2018 – 19 Oktober 2018.
  • Pelajar hendaklah mendaftar subjek yang diambil pada semester hadapan melalui capaian CMS dan SPMP dan hanya subjek yang didaftarkan di SPMP yang perlu di cetak.
  • Borang Senarai Semak Pengambilan Slip Peperiksaan bole dicetak di lawan web KPTM Semporna (http://sp.kptm.edu.my)
  • Pelajar boleh mendapatkan nasihat daripada mentor masing-masing bagi tujuan berkenaan.

03

Pelajar boleh menggunakan makmal untuk perkara di atas. (Tertakluk kepada Pen. Pengarah Seksyen Pentadbiran & Multimedia).

05

Sebarang pertanyaan, sila berjumpa dengan Pn. Safura Binti Saad untuk keterangan lanjut.

Disediakan 12 SEPT 2018