Sejarah KPTM Semporna

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Statik

Pada 15 Jun 2010, Kolej Poly-Tech MARA Semporna,Sabah (KPTMSS), mula beroperasi dengan menumpang di Kolej Komuniti Cawangan Semporna Sabah sehinggalah pada 31 Jun 2010. Mulai 1 Julai 2010, pentadbiran KPTMSS telah mula beroperasi di Lot 11 – 17, Batu 2, Jalan Bubul, 91307 Semporna, Sabah. Encik Samsudin bin Abdullah telah  diamanah dan dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah dengan dibantu oleh 12 orang tenaga pengajar dan 23 kakitangan bukan akademik, yang beriltizam  untuk memberikan perkhidmatan yang telus dan berwibawa dalam menyediakan graduat yang bakal menjadi pilihan industri serta mampu untuk menjadi usahawan terbilang kelak. Yang Berusaha, En. Mohd Azis Bin Haji Jamman, telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KPTM. Beliau adalah merupakan Ketua Pemuda UMNO, P.189 Semporna, Sabah. 

Penubuhan KPTMSS adalah hasil ideologi pemikiran YB Dato`Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW),  dalam rancangan memajukan tahap pendidikan generasi baru bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya di daerah Semporna dan negeri Sabah amnya. KPTMSS telah didaftarkan sebagai Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) milik penuh MARA di bawah Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Pada 9 Ogos 2010, KPTMSS telah dirasmikan oleh YB Dato` Seri Mohd Shafie Bin Haji Apdal dan menjadikan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang pertama ditubuhkan di daerah Semporna Sabah, dengan menawarkan dua (2) bidang Program Diploma utama  iaitu:

3.1     Diploma in Accountacy (AA 101)

3.2     Diploma in Business Management (AB 101)

Pada sesi kemasukan pelajar KPTMSS ambilan Jun/Julai 2010, seramai 198 pelajar sulung bagi kedua-dua program berkenaan telah mendaftar. KPTMSS juga menyediakan kemudahan asrama di rumah Teres Semi D, No.60 – 63, Perumahan Taman Sempaul, Batu 2, Jalan Bubul, 91307 Semporna Sabah dengan kapasiti untuk 72 penghuni. Namun begitu, KPTMSS sedang merangka pelan untuk memajukan dan memperbesarkan lagi insfrastruktur pada masa akan datang.