31HB JANUARI - 01HB FEBRUARI 2020 | PROGRAM MOTIVASI PELAJAR "MENGGAPAI IMPIAN" | BORNEO PARADISE ECO FARM RESORT LAHAD DATU, SABAH.
4-5 JANUARI 2020 | BENGKEL PENYEDIAAN & PENAKSIRAN 1 KERTAS SOALAN/SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM DALAMAN KPTM SEMPORNA | AGATIS ROOM, BORNEO ROYALE HOTEL, TAWAU
Jumaat |13 Disember 2019 | Sesi Latihan 'Fire Drill' bersama Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia telah berlangsung dengan jayanya bertempat di KPTM Semporna.
#KPTMSS
Taklimat Pendidikan, Hala Tuju Kerjaya dan Pendaftaran Terbuka bagi Pengambilan Pelajar Baharu Sesi November 2019 telah berlangsung dengan jayanya pada 10 November 2019 bertempat di Dewan Sri Perdana, Lahad Datu, Sabah.
PROGRAM "COMMUNITY BUILDING THROUGH EDUCATION" anjuran KPTM Semporna dan kerjasama bersama Pejabat MARA Daerah Keningau, Pejabat Pendidikan Daerah Keningau dan Wira Warisan Bahagian Keningau telah berlangsung dengan jayanya di Balai Raya Kg. Sondoton Baru, Keningau. Program dirasmikan oleh Tuan Pengarah KPTM Semporna, Ybrs. Encik Zulkifli Bin Mohd Sidek.
Program dimulakan dengan aktiviti-aktiviti "English for Fun" untuk kanak-kanak dan seterusnya aktiviti gotong royong mengecat gelanggang badminton di Dewan Kg. Sondoton Baru, Keningau. Program diteruskan lagi dengan sesi taklimat melanjutkan pengajian di KPTM Semporna.
Pada 24HB Ogos 2019 hari sabtu telah berlangsung dengan jayanya Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) bagi tahun 2019 bertempat di Borneo Royal Hotel, Tawau. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat (YB) Mohammad Bin Mohamarin, Pembantu Menteri Pelajaran Dan Inovasi Negeri Sabah. Majlis bertujuan memberikan penghargaan kepada pelajar Kolej Poly-Tech MARA Semporna yang telah mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang pada sesi Julai 2018 dan November 2018. Seramai 109 orang pelajar telah menerima anugerah dekan dan 19 orang pelajar menerima anugerah senat.
Pada 14 Ogos 2019 (Rabu) di Perkarangan Kolej Poly-Tech MARA Semporna telah berlangsung Program Jom Qurban yang dianjurkan oleh Badan Ugama dan Kebajikan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM) telah memilih KPTM Semporna sebagai penutup Program Jelajah Jom Qurban 1440H.
Program ini juga lebih meriah dengan kehadiran bersama kakitangan dan pelajar daripada GIATMARA Semporna dan MRSM Semporna untuk sama-sama melakukan kerja-kerja secara bergotong royong ibadah qurban.
Selain itu, penyampaian sumbangan bantuan barangan dapur turut diserahkan oleh pihak BUKM dan serahan sumbangan kepada anak-anak asnaf yang diberikan oleh pihak Yayasan Pelajaran MARA.
Penutupan program dimeriahkan lagi dengan kibaran bendera Malaysia daripada semua pengunjung yang hadir di Student Square KPTM Semporna.
Pada 22hb Julai 2019, Isnin. Program 'Bulan Membaca Julai 2019' anjuran Perpustakaan Ar-Razi dengan kerjasama MPP KPTMSS telah bermula dengan acara Read & Win yang turut melibatkan kesemua para pelajar daripada 5 program diploma yang ditawarkan di KPTM Semporna. Terdapat 2 lagi aktiviti (Public Speaking & 'Jom membaca 10 minit) bakal berlangsung sepanjang minggu ini (sehingga 26/07/2019-Kemuncak program).
24hb Julai 2019, Rabu. Program 'Bulan Membaca Julai 2019' anjuran Perpustakaan Ar-Razi dengan kerjasama MPP KPTMSS bersambung dengan acara ke-2 "Public Speaking" yang turut melibatkan peserta daripada 5 program diploma yang ditawarkan di KPTM Semporna.
Pada 26hb Julai 2019, Jumaat. Program 'Bulan Membaca Julai 2019' anjuran Perpustakaan Ar-Razi dengan kerjasama MPP KPTMSS telah melabuhkan tirainya. Tahniah kepada semua pemenang dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti sepanjang berlangsungnya "Bulan Membaca Julai 2019" Kolej Poly-Tech MARA Semporna.
#JomMasukKPTM
#MPPKPTMSS
#JomSambungBelajar
Kolej Poly-Tech MARA Semporna
No. 11-17, Batu 2, Jalan Bubul, 91307, W.D.T 151, Semporna, Sabah.
Tel : +6089-782801
Fax : +6089-782819
E-mail : kptm_semporna@kptm.edu.my
FB : Kolej Poly-Tech MARA Semporna
INSTA : KPTMSS
Kolej Poly-Tech MARA © 2020. All Rights Reserved.